Diterbitkan pada 7 Jun 2022, 14:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan dalam suatu kenyataan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan dikeluarkan pada Khamis minggu depan (16 Jun 2022).

Semua calon SPM persekolahan boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing bermula pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Pada masa yang sama, slip keputusan peperiksaan bagi calon peperiksaan SPM persendirian, akan mula dihantar ke rumah masing-masing melalui pos pada hari yang sama keputusan dikeluarkan.

Setiap calon peperiksaan SPM 2021 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui dua kaedah, seperti yang berikut:

  • Sistem dalam talian. Calon boleh mendapatkan slip keputusan menerusi pautan yang disediakan.
  • Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Rumusan keputusan peperiksaan SPM tahun 2021 boleh didapati dengan menaip SPM <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran, dan hantar ke talian 15888.

Tempoh operasi maklum balas bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang (16 Jun – 24 Jun 2022). 

KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik demi Keluarga Malaysia terutama dalam pelaksanaan konsep Sekolahku SEJAHTERA.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi