Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan dalam suatu kenyataan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan dikeluarkan pada Khamis minggu depan (16 Jun 2022).
Semua calon SPM persekolahan boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing bermula pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.
Pada masa yang sama, slip keputusan peperiksaan bagi calon peperiksaan SPM persendirian, akan mula dihantar ke rumah masing-masing melalui pos pada hari yang sama keputusan dikeluarkan.
Setiap calon peperiksaan SPM 2021 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui dua kaedah, seperti yang berikut:
Tempoh operasi maklum balas bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang (16 Jun – 24 Jun 2022).
KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik demi Keluarga Malaysia terutama dalam pelaksanaan konsep Sekolahku SEJAHTERA.