Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Susulan daripada laporan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 Siri 1 Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dimaklumkan bahawa daripada 682 isu pengauditan, terdapat lima isu yang berpotensi dikenakan tindakan punitif dan 677 isu yang lain membabitkan isu korektif, pada sidang Parlimen semalam.
Ketika pemantauan dilakukan, PAC melihat isu pembaziran, pemborosan dan kerugian wang awam yang di alami Malaysia adalah pada tahap yang serius, iaitu mencapai sejumlah RM64.1 juta.
Berdasarkan laporan tersebut, antara pembaziran yang tinggi adalah meliputi:
Sementara itu, LKAN turut mendedahkan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang telah melakukan pembayaran dividen yang tidak teratur, iaitu sebanyak RM600.59 juta dibayar dengan menggunakan dividen atas caruman kerajaan.
Oleh itu, PAC akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan ini dan akan memulakan prosiding selepas mendapat keputusan sebulat suara berhubung isu yang akan disiasat.