Diterbitkan pada 23 Mac 2022, 11:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Susulan daripada laporan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 Siri 1 Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dimaklumkan bahawa daripada 682 isu pengauditan, terdapat lima isu yang berpotensi dikenakan tindakan punitif dan 677 isu yang lain membabitkan isu korektif, pada sidang Parlimen semalam.

Ketika pemantauan dilakukan, PAC melihat isu pembaziran, pemborosan dan kerugian wang awam yang di alami Malaysia adalah pada tahap yang serius, iaitu mencapai sejumlah RM64.1 juta.

Berdasarkan laporan tersebut, antara pembaziran yang tinggi adalah meliputi:

  • Projek Menaiktaraf Perkhidmatan KTMB di bawah Kementerian Pengangkutan, – RM2.81 juta.
  • Pengurusan Program Pembangunan Boleh Tenaga Baharu membabitkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli – RM16.77 juta.
  • Aktiviti Kawalan Terhadap Penggajian Ekspatriat di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia – RM44.53 juta.

Sementara itu, LKAN turut mendedahkan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang telah melakukan pembayaran dividen yang tidak teratur, iaitu sebanyak RM600.59 juta dibayar dengan menggunakan dividen atas caruman kerajaan.

Oleh itu, PAC akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan ini dan akan memulakan prosiding selepas mendapat keputusan sebulat suara berhubung isu yang akan disiasat.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi