Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya — Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) hari ini bersetuju untuk mengekalkan garis panduan serta amalan sedia ada berhubung penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu adalah selaras dengan ketetapan MJM pada 24 Julai 2024.
Pada masa sama, Jemaah Menteri menegaskan bahawa amalan sedia ada bagi penggunaan dewan sekolah yang dikendalikan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) serta dewan-dewan sekolah swasta tidak terjejas dengan keputusan tersebut.
Pendekatan berkenaan turut disifatkan sejajar dengan amalan yang telah diterima dan dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu, antaranya termasuklah kerajaan sebelum ini.