Diterbitkan pada 24 Oktober 2025, 19:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya — Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) hari ini bersetuju untuk mengekalkan garis panduan serta amalan sedia ada berhubung penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu adalah selaras dengan ketetapan MJM pada 24 Julai 2024.

Pada masa sama, Jemaah Menteri menegaskan bahawa amalan sedia ada bagi penggunaan dewan sekolah yang dikendalikan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) serta dewan-dewan sekolah swasta tidak terjejas dengan keputusan tersebut.

Pendekatan berkenaan turut disifatkan sejajar dengan amalan yang telah diterima dan dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu, antaranya termasuklah kerajaan sebelum ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi