Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil serius kes salah laku seksual yang melibatkan beberapa orang murid di sebuah sekolah di Melaka yang kini sedang disiasat oleh pihak polis, dengan semua suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut.
Menurut kenyataan KPM, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan.
“Tiada kompromi terhadap kes salah laku dan tindakan tegas mesti diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah,” tegasnya.
Sehubungan dengan itu, KPM juga menyeru semua pentadbir institusi pendidikan mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang digunapakai dan memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan terjamin.