Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 11 Oktober 2025, 11:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil serius kes salah laku seksual yang melibatkan beberapa orang murid di sebuah sekolah di Melaka yang kini sedang disiasat oleh pihak polis, dengan semua suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut.

Menurut kenyataan KPM, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan.

“Tiada kompromi terhadap kes salah laku dan tindakan tegas mesti diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, KPM juga menyeru semua pentadbir institusi pendidikan mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang digunapakai  dan memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi  pendidikan terjamin.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi