Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Negeri Sembilan sebagaimana dilaporkan media pada hari ini.
“Kejadian ini sangat mendukacitakan. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JKPNS) telah diarah untuk menyiasat segera kejadian ini,” katanya.
Tambahnya, semua pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri diingatkan supaya sentiasa memastikan fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat.
KPM berkata, pihaknya sentiasa memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga institusi pendidikan.
“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard,” katanya.