Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 27 September 2025, 18:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Negeri Sembilan sebagaimana dilaporkan media pada hari ini.

“Kejadian ini sangat mendukacitakan. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JKPNS) telah diarah untuk menyiasat segera kejadian ini,” katanya.

Tambahnya, semua pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri diingatkan supaya sentiasa memastikan fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat.

KPM berkata, pihaknya sentiasa memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan dan kesejahteraan  seluruh warga institusi pendidikan. 

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard,” katanya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi