Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur− Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada pagi ini telah memaklumkan bahawa semakan keputusan calon jaya kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2025/2026 kini boleh disemak pada 21 Mei 2025 bermula pada 10.00 pagi ini .
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh membuat semakan keputusan calon jaya melalui laman sesawang kolej matrikulasi https://matrikulasi.moe.gov.my.
Berdasarkan makluman, pendaftaran pelajar akan diadakan secara dalam talian akan dibuka bermula 22 Mei sehingga 21 Jun 2025 di laman sesawang kolej matrikulasi masing-masing.
Pelajar harus mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi bermula pada 22 Jun 2025 berdasarkan surat tawaran bagi penempatan masing-masing.
Pelajar yang tidak berjaya diharapkan agar tidak berputus asa kerana masih mempunyai peluang dengan membuat rayuan secara dalam talian melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my yang akan dibuka bermula pada hari ini, 21 Mei sehingga 21 Jun 2025.
Menurut kenyataan yang sama, keputusan semakan rayuan akan diumumkan pada 30 Jun 2025.