Diterbitkan pada 21 Mei 2025, 10:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur− Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada pagi ini telah memaklumkan bahawa semakan keputusan calon jaya kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2025/2026 kini boleh disemak pada 21 Mei 2025 bermula pada 10.00 pagi ini .

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh membuat semakan keputusan calon jaya melalui laman sesawang kolej matrikulasi https://matrikulasi.moe.gov.my.

Berdasarkan makluman, pendaftaran pelajar akan diadakan secara dalam talian akan dibuka bermula 22 Mei sehingga 21 Jun 2025 di laman sesawang kolej matrikulasi masing-masing.

Pelajar harus mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi bermula pada 22 Jun 2025 berdasarkan surat tawaran bagi penempatan masing-masing.

Pelajar yang tidak berjaya diharapkan agar tidak berputus asa kerana masih mempunyai peluang dengan membuat rayuan secara dalam talian melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my yang akan dibuka bermula pada hari ini, 21 Mei sehingga 21 Jun 2025.

Menurut kenyataan yang sama, keputusan semakan rayuan akan diumumkan pada 30 Jun 2025.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi