Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menghadiri Program Ihya’ Ramadan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tengah hari tadi di Dewan Serbaguna, Kompleks E, Putrajaya.

Program tersebut menjadi wadah untuk YB Fadhlina Sidek beramah mesra dengan warga KPM serta mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian.
Beliau bersama-sama jemaah menghayati tazkirah yang bertajuk “Memburu Malam al-Qadar” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hazri Hashim dari Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

YB Fadhlina Sidek kemudian menunaikan solat zuhur bersama-sama lebih 300 jemaah.
Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, YBrs. Dr. Hazami Jahari, pegawai kanan, warga kementerian dan agensi bawah KPM.