Diterbitkan pada 20 Mac 2025, 16:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menghadiri Program Ihya’ Ramadan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tengah hari tadi di Dewan Serbaguna, Kompleks E, Putrajaya.

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ketika hadir dalam Program Ihya’ Ramadan anjuran KPM.

Program tersebut menjadi wadah untuk YB Fadhlina Sidek beramah mesra dengan warga KPM serta mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian.

Beliau bersama-sama jemaah menghayati tazkirah yang bertajuk “Memburu Malam al-Qadar” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hazri Hashim dari Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Ustaz Muhammad Hazri Hashim ketika menyampaikan tazkirah.

YB Fadhlina Sidek kemudian menunaikan solat zuhur bersama-sama lebih 300 jemaah.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, YBrs. Dr. Hazami Jahari, pegawai kanan, warga kementerian dan agensi bawah KPM.

Kredit Foto: Mohamad Adib Zulkifli
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi