Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa satu kes baharu jangkitan mpox clade II dilaporkan pada 25 November 2024.
Menurut KKM, jumlah kes mpox di Malaysia secara kumulatif dilaporkan sebanyak 11 kes sejak tahun 2023 dan kini meningkat kepada dua kes baharu pada tahun 2024.
Dalam kenyataan rasmi tersebut, KKM menyatakan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 34 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari terlibat dalam aktiviti berisiko.
Ujar KKM,
Kes mula menunjukkan gejala ruam pada tangan, badan dan kaki mangsa sejak 15 November lalu dan mangsa telah mendapatkan rawatan pada 23 November yang lepas. Kini, mangsa dalam keadaan stabil dan sedang menjalani isolasi serta menerima rawatan simptomatik. Semua kontak rapat mangsa telah dikenal pasti dan dipantau untuk melihat gejala mpox selama 21 hari dari tarikh terakhir pendedahan,
Menurut KKM, Mpox merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus mpox, iaitu spesies genus Orthopoxvirus. Jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.
Tambah KKM,
Gejala mpox ialah demam beserta ruam maculopapular rash atau dipanggil ruam lepuh pada muka, badan, tapak tangan dan tapak kaki. Tempoh pengeraman, iaitu tempoh daripada terdedah kepada jangkitan sehingga individu menunjukkan gejala jangkitan mpox adalah antara lima hingga 21 hari.
KKM turut memberikan langkah keselamatan yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia untuk mengelakkan jangkitan mpox. Antaranya termasuklah: