Diterbitkan pada 17 Mei 2023, 22:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bersempena dengan Ulang Tahun Raja Perlis yang ke-80, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri, Puan Sri Zainah Othman di Istana Perlis Kuala Lumpur, pada malam tadi.

Puan Sri Zainah Othman yang merupakan isteri kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin bergambar bersama-sama DYMM Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid di Istana Perlis Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut berangkat sama ialah Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selesai majlis mengadap, baginda Raja Perlis menitahkan ucapan  terima kasih kepada semua pihak dan individu yang mempersembahkan ucapan sembah tahniah bersempena dengan hari ulang tahun baginda yang ke-80
pada hari ini, iaitu 17hb Mei.

Baginda turut mendoakan agar negeri Perlis terus makmur, aman dan sentosa selamanya serta seluruh rakyat turut dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi