Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Bersempena dengan Ulang Tahun Raja Perlis yang ke-80, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri, Puan Sri Zainah Othman di Istana Perlis Kuala Lumpur, pada malam tadi.

Turut berangkat sama ialah Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Selesai majlis mengadap, baginda Raja Perlis menitahkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang mempersembahkan ucapan sembah tahniah bersempena dengan hari ulang tahun baginda yang ke-80
pada hari ini, iaitu 17hb Mei.
Baginda turut mendoakan agar negeri Perlis terus makmur, aman dan sentosa selamanya serta seluruh rakyat turut dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.