Diterbitkan pada 11 Mei 2026, 19:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku buli yang melibatkan pelatih guru di bawah institusi berkenaan.

Dalam satu kenyataan media, IPGM memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius kejadian buli yang dilaporkan berlaku di sebuah kampus IPGM baru-baru ini.

Susulan itu, siasatan terperinci kini sedang dijalankan oleh pihak pengurusan IPGM bagi mengenal pasti fakta kes.

IPGM turut memberi amaran keras bahawa tindakan tatatertib paling tegas, termasuk hukuman buang IPGM, akan diambil ke atas pelatih guru yang didapati bersalah. Langkah ini diambil bagi memastikan kualiti dan integriti bakal pendidik sentiasa terpelihara.

“Pelatih guru perlu mempunyai disiplin yang tinggi serta menunjukkan akhlak dan sahsiah yang baik sebagai bakal pendidik,” menurut kenyataan tersebut.

Penegasan ini mencerminkan komitmen IPGM dalam mewujudkan persekitaran kampus yang selamat dan harmoni, selain memastikan hanya individu yang mempunyai nilai peribadi yang murni sahaja layak untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru pada masa hadapan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi