Diterbitkan pada 8 Mei 2026, 18:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuching – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak) menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Fahrin Jumandy Abdullah, murid yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik di sekolah.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, JPN Sarawak menegaskan bahawa tumpuan utama mereka ketika ini adalah untuk memastikan keluarga mangsa menerima bantuan bagi meringankan beban dalam menghadapi ujian berat ini.

JPN Sarawak urut memantau rapi kebajikan seorang lagi murid yang terlibat dalam insiden yang sama.

“Murid tersebut kini sedang menjalani rawatan, dan JPN Sarawak mendoakan agar mangsa diberi kesembuhan dengan segera,”ujar JPN Sarawak.

Susulan kejadian tersebut, JPN telah mengambil tindakan segera dengan memulakan siasatan dalaman bagi meneliti tahap pematuhan aspek keselamatan di sekolah berkenaan.

JKN memaklumkan bahawa kawasan terbabit telah ditutup sepenuhnya dan seluruh warga sekolah termasuk guru dan murid dilarang menghampiri kawasan tersebut sehingga mendapat pengesahan keselamatan daripada pihak berwajib.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi