Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan rasa dukacita yang mendalam dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Luqman Kamil Jamaluddin yang terlibat dalam kemalangan di Pantai Balok, Pahang, Jumaat lepas.
KPM dalam satu kenyataan hari ini mendoakan agar roh Allahyarham Muhammad Luqman ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan serta kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian yang cukup berat ini.
Menurut KPM, pihaknya akan sentiasa memberikan keutamaan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Luqman untuk memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan terbaik diberikan bagi meringankan beban yang ditanggung.
Selain itu, KPM juga memaklumkan bahawa kejadian tersebut kini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa.
“KPM juga sedang menjalankan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan.”