Diterbitkan pada 18 April 2026, 16:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuantan – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam satu kenyataan hari ini meluahkan rasa prihatin terhadap insiden seorang murid yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama-sama beberapa rakan di Pantai Balok, semalam.

Menurut kenyataan JPN Pahang, siasatan awal mendapati sekumpulan murid telah bertindak keluar dari kawasan asrama untuk beriadah di pantai berkenaan tanpa pengetahuan pihak pengurusan sekolah.

Aktiviti yang dijalani oleh kumpulan murid tersebut bukanlah sebahagian daripada program rasmi yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Susulan daripada laporan kehilangan tersebut, usaha menjejaki mangsa kini sedang giat dilakukan dengan kerjasama dan bantuan sepenuhnya daripada pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan dengan itu, JPN Pahang  turut  mendoakan semoga murid yang hilang itu dapat segera ditemukan dalam keadaan selamat.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi