Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang memberikan perhatian serius terhadap aspek keselamatan serta kesejahteraan seluruh warga sekolah dalam menghadapi keadaan cuaca panas yang melanda ketika ini.
Selaras dengan kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, KPM komited untuk memastikan semua institusi pendidikan KPM sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan dalam menghadapi cuaca panas pada ketika ini.
Selain itu, KPM juga telah memberikan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota pelaksana di sekolah untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa bertugas atau ketika sesi pembelajaran.
KPM juga menekankan keperluan untuk memantau dengan lebih rapi pelaksanaan sebarang aktiviti luar bilik darjah bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada cuaca ekstrem. KPM turut mengarahkan penangguhan aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius dalam satu kenyataan.
Perkara ini sebagai langkah tambahan bagi memberikan keselesaan kepada warga sekolah sepanjang cuaca panas ini.