Diterbitkan pada 17 Mac 2026, 15:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Melaka – Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat (YB) Dr. Mohammed Taufiq Johari menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Program Rakan Muda Masjid X Rakan Muda Ramadan peringkat Negeri Melaka semalam.

Majlis yang berlangsung di Masjid Al-Abrar, Semabok ini menjadi simbolik keberhasilan usaha menghidupkan ruang ibadah menerusi penglibatan aktif generasi muda sepanjang bulan Ramadan ini.

Dalam ucapannya, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen anak-anak muda yang telah mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan ini dengan mengikuti pelbagai pengisian yang bermakna.

“Inisiatif Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan ini merupakan satu langkah strategik di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendekatkan golongan belia dengan institusi masjid.

“Melalui pendekatan ini juga, masjid tidak lagi dilihat sebagai sebuah tempat ibadah semata-mata malah turut berfungsi sebagai ruang interaksi sosial yang sihat dan selamat bagi golongan muda,” tambah beliau lagi.

YB Dr. Taufiq Johari (tengah) memberikan sijil penghargaan kepada para peserta khatam Al-Quran pada majlis berkenaan.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta khatam Al-Quran dan pelajar-pelajar cemerlang UPKK yang turut diraikan dalam majlis berkenaan.

Yang turut hadir dalam majlis ini termasuklah Timbalam EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Duyong, YB Datuk Mohd Noor Helmy serta EXCO Belia, Sukan dan NGO Melaka, YB Datuk Shanmungam.

Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan ini telah menyasarkan sebanyak 5,800 orang peserta yang dijalankan di 113 daerah di seluruh negara.

Kredit Foto: Facebook KBSMalaysia
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi