Diterbitkan pada 10 Mac 2026, 21:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan cuti tambahan pada 18 Mac 2026 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi semua institusi di bawah KPM.

Menurut kenyataan KPM, pemberian cuti tambahan ini bertujuan memberikan ruang kepada warga guru, murid dan para ibu bapa untuk membuat persiapan yang sewajarnya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, peruntukan cuti asal bagi sekolah KPM kategori Kumpulan A merangkumi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula bercuti pada 19 Mac (Khamis). Bagi sekolah negeri Kumpulan B pula, iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pula akan menikmati cuti selama dua hari iaitu, pada 19 Mac 2026 (Khamis) dan 20 Mac 2026 (Jumaat).

Sehubungan dengan itu, cuti Aidilfitri kali ini dapat memberikan ruang yang mencukupi kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang teratur seiring dengan hasrat KPM.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi