Diterbitkan pada 9 Mac 2026, 17:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya –Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan dikeluarkan pada 31 Mac 2026 (Selasa).

Menerusi kenyataan KPM, pihaknya memaklumkan sebanyak 413,299 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2025 di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.

“Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi pada tarikh tersebut,” menurut kenyataan KPM hari ini.

Bagi calon persendirian pula, KPM menyarankan calon menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

KPM juga meminta pihak sekolah memastikan pengurusan penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Selain itu, kesemua calon SPM juga boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah, iaitu secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 10 pagi, bertarikh 31 Mac 2026 hingga 6 April 2026 pada pukul 6 petang, atau menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM <jarak> NoKP <jarak> AngkaGiliran dan hantar ke 15888 dalam tempoh yang sama.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi