Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya –Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum mengenai laporan media berkaitan dengan penawaran mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah dan menengah dalam Kurikulum Persekolahan 2027.
Ketika sesi soal jawab jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh telah menjelaskan bahawa kurikulum baharu tersebut akan mula dilaksanakan secara berfasa pada tahun hadapan melibatkan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1.
Bermula sesi persekolahan 2027, mata pelajaran Sejarah akan ditawarkan kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6 pada peringkat sekolah rendah. Manakala, bagi peringkat sekolah menengah pula ditawarkan kepada murid Tingkatan 1.