Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan terhadap pakaian seragam sekolah murid bagi sesi persekolahan 2026, dan cadangan penyelarasan seragam masih berada pada peringkat kajian.
Menurut KPM, keputusan muktamad berhubung dengan cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah hanya akan dibuat selepas penelitian rapi terhadap semua aspek berkaitan, dan sekiranya dilaksanakan, sebarang perubahan disasarkan bermula Sesi Persekolahan Tahun 2027.
Sehubungan dengan itu, KPM memberikan jaminan bahawa ibu bapa dan semua pihak berkepentingan akan dimaklumkan lebih awal sekiranya terdapat sebarang keputusan rasmi berkaitan dengan perkara tersebut.
Dalam kenyataan sama, KPM turut menjelaskan bahawa cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah antara lain bertujuan untuk mewujudkan kebersamaan serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan murid, di samping menangani isu beban kewangan persediaan persekolahan yang sering dihadapi oleh ibu bapa.