Diterbitkan pada 17 Disember 2025, 14:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya — Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa pertukaran portfolio serta lantikan baharu dalam barisan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri bagi memastikan kabinet berfungsi sebagai satu pasukan yang mantap, selain memberikan tumpuan yang lebih berkesan terhadap usaha menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan permasalahan rakyat.

Menurut beliau, rombakan berkenaan dibuat berikutan wujud beberapa kekosongan jawatan serta keperluan penyesuaian semula peranan tertentu dalam Kabinet. Pengumuman kali ini hanya melibatkan menteri dan timbalan menteri yang terlibat dengan pertukaran portfolio atau lantikan baharu, manakala mereka yang kekal tidak diumumkan bagi memberikan ruang kepada semua pihak meneruskan tugas masing-masing.

Senarai pertukaran portfolio dan lantikan baharu kabinet ketiga Kerajaan MADANI:

Menteri:

  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): YB Hannah Yeoh Tseow Suan (sebelum ini Menteri Belia dan Sukan)
  2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak): YB Datuk Mustapha Sakmud (sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi)
  3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): YB Senator Dr. Zulkifli Hasan (lantikan baharu Kabinet Kerajaan MADANI)
  4. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani (sebelum ini Menteri Perladangan dan Komoditi)
  5. Menteri Pembangunan Usahawan, Koperasi dan PMKS: YB Steven Sim Chee Keong (sebelum ini Menteri Sumber Manusia)
  6. Menteri Ekonomi: YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir (sebelum ini Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air)
  7. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup (sebelum ini Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan)
  8. Menteri Perladangan dan Komoditi: YB Datuk Seri Noraini Ahmad (sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia)
  9. Menteri Sumber Manusia: YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan (sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia)
  10. Menteri Belia dan Sukan: YB Dr Taufiq Johari (lantikan baharu Kabinet Kerajaan MADANI)

Timbalan Menteri:

  1. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan: YB Datuk Loh Su Fui (lantikan baharu Kabinet Kerajaan MADANI)
  2. Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama: YB Senator Marhamah Rusli (lantikan baharu Kabinet Kerajaan MADANI)
  3. Timbalan Menteri Kewangan: YB Liew Chin Tong (sebelum ini Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri)
  4. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air: YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad (sebelum ini Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia)
  5. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: YB Datuk Chan Foong Hin (sebelum ini Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi)
  6. Timbalan Menteri Luar Negeri: YB Dato Lukanisman Awang Sauni (sebelum ini Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia)
  7. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: YB Lim Hui Ying (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)
  8. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: YB Adam Adli Abd Halim (sebelum ini Timbalan Menteri Belia dan Sukan)
  9. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: YB Chiew Choon Man (lantikan baharu Kabinet Kerajaan MADANI)
  10. Timbalan Menteri Perpaduan: YB Yuneswaran Ramaraj (lantikan baharu Kabinet Kerajaan MADANI)
  11. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: YB Sim Sze Tzin (lantikan baharu Kabinet Kerajaan MADANI)
  12. Timbalan Menteri Kesihatan: YB Dato’ Hanifah Hajar Taib (sebelum ini Timbalan Menteri Ekonomi)
  13. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: YB Datuk Muhammad Haji Alamin (sebelum ini Timbalan Menteri Luar Negeri)
  14. Timbalan Menteri Ekonomi: YB Dato’ Indera Mohamad Shahar Abdullah (lantikan baharu Kabinet Kerajaan MADANI)
  15. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: YB Syed Ibrahim Syed Noh (lantikan baharu Kabinet Kerajaan MADANI)
  16. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: YB Dato’ Sri Huan Tiong Sii (sebelum ini Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia)
  17. Timbalan Menteri Sumber Manusia: YB Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan (lantikan baharu Kabinet Kerajaan MADANI)
  18. Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Mordy Bimol (lantikan baharu Kabinet Kerajaan MADANI)

Setelah mengumumkan senarai saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan MADANI, Perdana Menteri menzahirkan harapan agar kesemua yang diberikan amanah ini dapat bekerja dengan penuh iltizam dan tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan.

“Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada barisan pimpinan yang telah bersama-sama dalam kabinet sebelum ini atas khidmat bakti, sumbangan serta komitmen mereka dalam menjayakan agenda reformasi dan pembangunan negara,” jelas beliau.

Rombakan kabinet kali ini melibatkan tiga pertukaran portfolio menteri, 10 pertukaran portfolio timbalan menteri, tujuh lantikan baharu menteri dan lapan lantikan baharu timbalan menteri, menjadikan keseluruhannya berjumlah 28 menteri dan timbalan menteri.

Semua lantikan dan pertukaran portfolio ini telah melalui proses mengangkat sumpah jawatan yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung pagi tadi.

Kredit Foto: Media YAB Perdana Menteri Malaysia
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi