Diterbitkan pada 9 Disember 2025, 15:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Batu Pahat – Sekumpulan pelajar dari Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa  Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh menjalankan lawatan akademik dan penyelidikan ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi mengkaji gamifikasi sebagai alat bantu pengajaran bahasa Melayu untuk pelajar antarabangsa.

Ketua Kumpulan Penyelidikan, Puan Nurin Zayani Abdul Halim, berkata bahawa pendekatan berunsurkan permainan mampu meningkatkan minat pelajar asing yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

“Pelajar antarabangsa dapat memahami dan menjawab soalan daripada topik yang belum dipelajari di kelas. Permainan interaktif membantu mereka cepat faham dan mengenal pasti objek yang dipaparkan,” katanya.

Penyelidikan ini melibatkan sebanyak lima pelajar UIAM Bersama-sama dengan sebanyak 35 peserta antarabangsa dari Sudan, Mesir, Rusia, Yaman, Pakistan dan Bangladesh. Antara permainan yang digunakan ialah Cerita Saya, Siapa Saya dan Sepadan Sejalan, yang memerlukan interaksi fizikal dan dalam talian.

Guru bahasa Melayu UTHM, Puan Athira, menyifatkan bahawa sesi tersebut sebagai bermanfaat.

“Pendekatan interaktif ini membantu pelajar belajar dan mengingat dengan lebih cepat. Mereka juga lebih seronok untuk terlibat,” ujarnya.

Lawatan dan penyertaan aktif pelajar UTHM menunjukkan kerjasama positif antara kedua-dua universiti, sekali gus menyokong usaha pengantarabangsaan dan pemartabatan bahasa Melayu pada peringkat global.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi