Diterbitkan pada 5 Disember 2025, 15:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Johor – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor menegaskan peluang untuk mendapatkan pendidikan terbaik adalah hak setiap murid.

Hal demikian berikutan isu tular mengenai seorang pelajar Tingkatan Enam di sebuah sekolah di negeri ini yang didakwa telah diminta untuk berhenti sekolah.

Ekoran daripada itu, pelajar berkenaan telah mengambil keputusan untuk berhenti sekolah atas faktor kesihatan.

Walau bagaimanapun, dakwaan berkenaan kelemahan pihak sekolah dalam menguruskan perkara ini, sedang disiasat.

Pentadbir sekolah, guru serta pegawai di pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri diseru untuk meningkatkan usaha bagi memastikan aspek kesejahteraan dan kebajikan murid terpelihara.

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi