Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKedah – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengambil serius terhadap kes salah laku seksual yang melibatkan dua orang guru di negeri ini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
JPN Kedah menyatakan bahawa kedua-dua kes berasingan ini sedang disiasat oleh pihaknya.
“Tindakan tegas telah diambil oleh JPN untuk mengeluarkan guru terlibat dari institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) sehingga siasatan selesai dijalankan”, tegasnya.
Sehubungan dengan itu, JPN Kedah turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang membabitkan kes salah laku seksual dan akan memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan diberikan perhatian.