Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan segera terhadap beberapa pegawai yang didapati terlibat dalam aktiviti songsang dan perlakuan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan baru-baru ini.
KPM menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perlakuan yang bercanggah dengan nilai moral dan etika kerja. Siasatan dalaman sedang giat dijalankan bagi memastikan kebenaran dan tindakan seterusnya dapat diambil dengan sewajarnya.
Sebagai langkah segera, pegawai yang disyaki terlibat telah digantung tugas dan tidak dibenarkan memasuki mana-mana institusi pendidikan di bawah seliaan KPM sehingga proses siasatan selesai.
Pada masa yang sama, semua ketua jabatan diingatkan untuk meningkatkan tahap pemantauan dan kawalan pada semua peringkat bagi memastikan kegiatan tidak bermoral dapat dibanteras secara efektif dan berterusan.
KPM menegaskan komitmen mereka untuk memastikan setiap institusi pendidikan berada dalam persekitaran yang selamat, bersih dan beretika demi kepentingan generasi pelajar negara.