Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSeremban – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) mengambil tindakan serta-merta terhadap 35 buah sekolah yang terjejas akibat ribut pada Jumaat yang lepas.
JPNS telah mengenal pasti sekolah-sekolah yang terlibat di daerah Tampin, Rembau, Seremban dan Port Dickson.
Setakat ini, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan di semua sekolah yang terlibat.
Sehubungan dengan itu, JPNS telah mengambil tindakan pantas untuk turun memeriksa ke setiap lokasi yang terjejas bagi memastikan keselamatan warga sekolah.
Pada masa yang sama, kerja baik pulih akan segera dilaksanakan sebaik-baik proses penilaian tahap kerosakan selesai.
Pada waktu ini, semua sekolah terjejas akan menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).