Diterbitkan pada 28 November 2025, 12:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan tempoh pengisian data sehingga 5 Disember 2025 dalam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) berikutan kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru yang menggunakan platform itu.

KPM dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa MOEIS melalui platform Application Performance Monitoring (APM) mendapati berlakunya kesesakan serta peningkatan jumlah akses pengguna terhadap Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu.

KPM telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh pengisian data Pentaksiran Bilik Darjah (Pentaksiran Berterusan dan Ujian Akhir Sesi Akademik), SEGAK & BMI 5-9T dan j-QAF sehingga 5 Disember 2025.

Oleh hal yang demikian, KPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengoperasian MOEIS bagi membantu memudahkan tugas guru selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai MOEIS boleh dikemukakan menerusi talian hotline 03-8884 3736 atau menggunakan sistem ICT Service Desk (ISD) di pautan https://isd.moe.gov.my/.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi