Diterbitkan pada 24 November 2025, 20:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa Kementerian tersebut memantau dengan teliti perkembangan banjir yang melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung sejak beberapa hari lalu berikutan hujan lebat berterusan.

Situasi banjir pada kali ini bukan sahaja menjejaskan kawasan bandar dan kediaman, malah turut memberikan impak kepada beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dinaiki air, sekali gus menjejaskan pengoperasian premis serta pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Oleh itu, sebagai langkah memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan warga IPT, KPT memberikan kelonggaran kepada semua IPT terjejas untuk melaksanakan PdP secara dalam talian bagi memastikan kesinambungan pembelajaran pelajar tidak terganggu.

Pada masa sama, bilik gerakan banjir di IPT yang terlibat turut diaktifkan bagi memudahkan pelajar, kakitangan dan ibu bapa mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan situasi semasa serta penyaluran bantuan segera, khususnya makanan, tempat perlindungan sementara dan keperluan asas bagi pelajar serta warga IPT.

Dalam kenyataan yang sama, KPT juga menyeru semua warga IPT yang terkesan agar sentiasa menjaga keselamatan diri, berada di kawasan selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa serta pasukan keselamatan.

Seluruh warga Kementerian mendoakan agar semua mangsa banjir di negeri-negeri terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi