Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan keprihatinan terhadap beberapa insiden kebakaran yang berlaku di institusi pendidikan di bawah kelolaannya, termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Melangit, Perlis serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga dan SBPI Sungai Lang, Selangor, hari ini.
Susulan kejadian tersebut, KPM akan mengambil tindakan segera bagi menyiasat punca kejadian dan melakukan penilaian kerosakan terhadap infrastruktur sekolah yang terjejas.
“Kerja baik pulih juga akan dilaksanakan dengan segera bagi memastikan kelangsungan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas,” tegas KPM dalam suatu kenyataan, hari ini.
Sehubungan dengan itu, KPM turut mengingatkan kesemua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri untuk memastikan fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat, selain memberikan keutamaan dari aspek keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terjamin.