Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Siasatan berhubung dengan kes seorang murid yang lemas ketika menyertai program luar baru-baru ini masih dijalankan oleh pihak polis.
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan.
Pada masa yang sama, JPWPKL turut menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penganjuran program berkenaan.
Dalam kenyataan itu juga, JPWPKL menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang terlibat dan memaklumkan bahawa bantuan awal serta sokongan telah diberikan kepada keluarga mangsa.
Pasukan kaunselor serta guru bimbingan dan kaunseling juga digerakkan bagi melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah berkenaan.