Diterbitkan pada 3 November 2025, 21:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian penuh kenyataan yang dibicarakan keluarga Allahyarham Iman Zhafran berkaitan dengan kejadian kemalangan di sebuah sekolah di Negeri Sembilan pada bulan lalu.

Menurut kenyataan KPM, pihaknya meminta semua elemen berkaitan kejadian ini disiasat secara menyeluruh dan kes masih berada dalam siasatan pihak polis.

Sehubungan dengan itu, KPM turut menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

“Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga Allahyarham Iman Zhafran,” tegas KPM.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi