Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sebanyak 102 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) dan Bekerja dari Rumah (BDR) mulai 23 hingga 29 Oktober 2025 bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
KPM dalam kenyataannya pada hari ini memaklumkan bahawa pelaksanan PdPR dan BDR bagi sekolah terbabit telah mengambil kira faktor penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 berlangsung.
Langkah ini bertujuan untuk memastikan kelangsungan pembelajaran murid dan pelajar di semua sekolah terlibat tidak terjejas.
Sehubungan dengan itu, KPM turut menasihati ibu bapa, penjaga, guru serta warga sekolah yang terlibat agar merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut berkaitan dengan pelaksanaan PdPR dan BDR tersebut.
Menurut KPM, pengalaman semasa pandemik COVID-19 dan penganjuran Sidang ASEAN pada Mei lalu membuktikan bahawa PdPR dan BDR ialah pendekatan yang berkesan untuk memastikan proses pembelajaran yang berterusan serta kesejahteraan komuniti pendidikan terpelihara.
Bagi negeri Selangor, antara sekolah di daerah Petaling Utama yang terlibat dengan pelaksanaan PdPR dan BDR termasuklah SK Assunta (Satu), SK Lembah Subang, SK(L) Bukit Bintang (1), SK Methodist Petaling Jaya, SK Jalan Selangor (Satu), SK 2 Jalan Selangor, SK Satu Sultan Alam Shah, SK 2 Sultan Alam Shah, SK Sungei Way, SJK(T) Vivekananda, SMK Sri Utama, SMK Lembah Subang, SMK Assunta, SMK(L) Bukit Bintang, SMK Katholik, SMK La Salle Petaling Jaya, SMK Sultan Abdul Samad dan SMK(P) Taman Petaling.
Di daerah Petaling Perdana, antara sekolah yang terlibat dengan PdPR Dan BDR termasuklah SK TUDM Subang, SK TTDI Jaya, SK Bukit Jelutong, SMK TTDI Jaya, SMK Shah Alam dan SMK Bukit Jelutong.
Sementara itu, antara sekolah yang melaksanakan PdPR dan BDR di daerah Sepang termasuklah SK Cyberjaya, SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2, SJK(C) Union, SMK Cyberjaya dan SMK Putra Perdana.
Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, antara sekolah yang terlibat untuk melaksanakan PdPR dan BDR di daerah Bangsar/Pudu termasuklah Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Pudu Jaya, SJK(C) Lai Meng, SKPK Jalan Peel, SMK(P) Bandaraya, SMK(P) Jalan Pudu, SMK(P) Methodist Kuala Lumpur, SJKC Kuen Cheng 1, SK Jalan Hang Tuah, SK(P) Pudu, SJKC Kung Min, SK Jalan Pasar, SK Dato Abu Bakar, SK Sultan Hishamuddin Alam Shah, SM Teknik Kuala Lumpur, SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, SM Integrasi Sains Tahfiz, SM Sains Alam Shah, SM Sains Selangor, Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.
Manakala di daerah Keramat, antara sekolah yang terlibat untuk melaksanakan PdPR dan BDR termasuklah SMK Convent Bukit Nanas, SMK Puteri Wilayah, SMK Padang Tembak, SMK Puteri Ampang, SMK Seri Ampang, SMK Puteri Titiwangsa, SMK Seri Titiwangsa, St. John Institution, SK Convent 1 Bukit Nanas, SK Convent 2 Bukit Nanas, SK St. John 1, SJK(C) Nan Kai, SK Kampung Bharu, SK Pendidikan Khas Kampung Bharu, SJK(T) Jalan Fletcher, SK Jalan Kuantan 2, SK Padang Tembak 1, SK Padang Tembak 2, SK Polis Depot, SK Jalan Gurney 1, SK Jalan Gurney 2, SK Jalan Raja Muda, Kolej Vokasional Setapak dan Kolej Vokasional ERT Setapak.
Sementara itu, antara sekolah yang terlibat untuk melaksanakan PdPR dan BDR di daerah Sentul termasuklah SMK Maxwell, SJK(T) Appar, SJK(C) Chung Kwok, SK(L) Jalan Batu, SK(P) Jalan Batu, SK Pendidikan Khas Jalan Batu, SK Kiaramas, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, SMKA Kuala Lumpur, SM Sains Seri Puteri, Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Desa Mahkota dan SMK Kiaramas.
Bagi institusi pendidikan swasta, antara sekolah yang terlibat untuk melaksanakan PdPR dan BDR termasuklah Alnoor International School, Cranbridge International School, Havil International School, Rocklin International School, SM Stella Maris, St. John’s International Primary School, St. John’s International Secondary School, SR Sri Aria, Arrows International Secondary School, Asia Pacific International School, Australian International School, HELP International School, SM Bestari Asia Pacific, SR Bestari Asia Pacific, Sri Kuala Lumpur International School, The Japanese School of Kuala Lumpur dan SR Stella Maris Hulu Langat.