Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangTumpat – Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertekad mahu menghasilkan pelajar MARA daripada kumpulan B40 kepada M40, suatu hari nanti.
Pengarah MARA Negeri Kelantan Yang Berusaha (YBrs.) Encik Zahrail Affenday Mohamad yang mewakili Ketua Pengarah MARA Negeri Kelantan berharap agar pelajar MARA dapat menghilangkan sebanyak 12,000 nama mereka yang terdapat dalam MyKasih.
Beliau berkata demikian dalam Program Kembara Majalah Dalam Kelas (MDK) bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang diadakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat, Kelantan, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pada masa yang sama, YBrs. Encik Zahrail Affenday Mohamad berkata, keusahawanan merupakan satu kejayaan besar yang menjadi pilihan utama orang muda kerana melalui usahawan muda mereka dapat menjana ekonomi yang sangat bagus.
“Oleh itu, saya menggalakkan pelajar yang mahu ke hadapan dan menambahkan sumber pendapatan, carilah peluang dalam bidang perniagaan kerana bidang tersebut mampu memberikan sumber pendapatan yang paling besar. Isteri Nabi Muhamad SAW, Khadijah Khuwailid juga seorang peniaga. Maka itu, kita ambillah perkara yang boleh dijadikan sebagai punca pendapatan dan pengajaran kepada kita pada masa akan datang,” ujarnya ketika merasmikan Program Kembara MDK bersempena dengan DMK Peringkat Negeri Kelantan 2025 di Dewan Mahligai 7, MRSM Tumpat, Kelantan.
Oleh hal yang demikian, beliau menyeru kepada seluruh pelajar MRSM supaya terus menyemai semangat membaca sejak usia muda, selain memperkasakan diri dengan ilmu semasa, pemikiran kritis dan kemahiran berbahasa. Perkara tersebut menjadi wadah penting dalam membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak.

Sementara itu, Pengarah DBP Wilayah Timur YBrs. Puan Ariza Che Ismail berkata, memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam data E-Kasih, belia berusia 18 tahun hingga 40 tahun berada dalam kategori miskin, berpunca daripada tahap pendidikan yang rendah dan pendapatan kurang stabil.
“Kita perlu mendapatkan perkerjaan yang baik dan pendapatan yang mampu meletakkan kita di tempat yang selesa. Malangnya, semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ramai yang tidak hadir kerana beranggapan pendidikan bukanlah penentu kesenangan masa hadapan, jadi biarlah kita mempunyai pendapatan yang tinggi dengan ilmu,” katanya dalam ucapan alu-aluannya
Sehubungan dengan itu, kehadiran sebanyak 200 orang murid sekolah rendah dan sekolah menengah manakala sebanyak 50 orang guru di daerah negeri Kelantan telah mendaftar bawah progra MDK. Program MDK dan DMK yang dilaksanakan ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mahu menjadikan proses pembudayaan ilmu termasuklah membaca sebagai satu budaya hidup.
Kehadirann sebanyak 16 buah sekolah di daerah Tumpat masing-masing 50 orang pelajar dari sekolah menengah dan 30 orang murid dari sekolah rendah yang mengikuti Program Kembara MDK yang diadakan di Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) MRSM Tumpat.
Murid-murid sekolah rendah yang tidak pernah mengikuti program MDK kelihatan sangat teruja dengan fasilitator yang mengendalikan MDK semalam. Banyak perkataan baharu yang diketahui oleh mereka melalui laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).


Turut bersama-sama memeriahkan majlis ini ialah Ketua Editor Bahagian Majalah DBP YBrs. Dr. Rosmani Omar; Pengetua MRSM Tumpat YBrs. Puan Asmah Ahmad Hambadley; Penolong Pengarah Pembangunan Modal Insan III, mewakili Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Kelantan, merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana Bahasa Melayu Negeri Kelantan, Pejabat SUK Kelantan YBrs. Encik Nik Abdul Basiir Nik Ab Rahman; Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan mewakili Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana DMK Negeri Kelantan YBrs. Encik Mohd Azizi Zainudin; Pegawai Kurikulum Yayasan Islam Kelantan YBrs. Encik Mohd Fauzi Zainuddin, panel dan moderator serta para peserta Kembara MDK.