Diterbitkan pada 14 September 2025, 18:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah mengambil tindakan gantung sekolah terhadap murid yang terlibat dalam salah laku buli di sebuah sekolah di Sabah baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Pendidikan Sabah, Yang Berbahagia (YBhg.) Datuk Raisin Saidin berkata, JPNS telah mengenakan hukuman gantung sekolah kepada murid yang terlibat.

Di samping itu, Datuk Raisin Saidin memaklumkan murid yang terlibat juga telah dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk tujuan intervensi.

“Pihak sekolah telah mengambil tindakan serta-merta berdasarkan peraturan-peraturan disiplin yang sedang berkuat kuasa,” ujarnya.

Oleh itu, katanya, JPNS tidak berkompromi dengan salah laku buli dan akan sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid-murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi