Diterbitkan pada 13 Ogos 2025, 16:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menempatkan secara sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian pelajar, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, selesai.

Menurut KPM, keputusan ini diambil susulan pengumuman PDRM tentang pengambilalihan kes oleh Pasukan Petugas Khas (JSJ) Bukit Aman.

Sehubungan dengan itu, KPM memberikan jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi memastikan siasatan kes ini dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes ini menjadi keutamaan KPM pada masa ini,” ujar KPM dalam satu kenyataan.

KPM berharap agar siasatan yang telus dapat dilaksanakan sepenuhnya demi memastikan keadilan kepada keluarga serta semua pihak terlibat.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi