Diterbitkan pada 26 Julai 2025, 09:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah memberikam kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan kes kemalangan di sekolah yang melibatkan murid, Zara Qairina.

Menurut JPN Sabah, langkah ini penting bagi memastikan siasatan berjalan lancar dan keadilan dapat ditegakkan dengan telus.

“Tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan keluarga mangsa sentiasa terpelihara.

“Bantuan segera telah disalurkan kepada keluarga, dan beberapa siri ziarah cakna turut dianjurkan bagi menyantuni mereka serta berkongsi perkembangan terkini kes,” kata JPN Sabah dalam kenyataan, pagi ini.

JPN Sabah turut menyediakan khidmat sokongan psikososial dan menubuhkan pasukan petugas khas bagi melaksanakan intervensi krisis serta trauma.

Usaha ini bertujuan untuk membantu murid, guru dan seluruh warga sekolah yang terkesan akibat kejadian tersebut.

“JPN Sabah mendoakan semoga seluruh ahli keluarga Zara Qairina diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” ujarnya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi