Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh membuat tebusan Baucar Buku Guru MADANI bernilai RM100 bermula pada 1 Julai hingga 30 September 2025.
Menurut KPM, untuk penebusan Buku MADANI, PPP perlu melayari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pada pautan “TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025”. Tebusan baucar ini selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.
Inisiatif Baucar Buku Guru MADANI memberikan manfaat kepada lebih 430,000 PPP di bawah KPM dan dianggap sebagai hadiah ilmu kepada golongan pendidik bagi tujuan membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.