Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa semua pelajar yang mendapat keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dan memohon untuk melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.
Dasar ini sama seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.
KPM dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada semalam telah bersetuju dengan ketetapan bahawa semua pelajar termasuk pelajar yang mendapat 10A dan terdapat keputusan mata pelajaran A- memastikan mereka ditempatkan di universiti.
“Ketetapan ini dibuat bagi memastikan semua pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian,” ujar KPM.
Pada masa yang sama KPM berkata, sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas.
Oleh hal yang demikian, KPM menekankan Kerajaan MADANI akan terus memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara.