Diterbitkan pada 1 Jun 2025, 15:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan pemberian baucar buku kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah KPM.

Menurut kenyataan media hari ini, KPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri yang membuat pengumuman itu semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), tengah hari tadi.

Menurut kenyataan tersebut,

Pengumuman YAB Perdana Menteri mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kepentingan membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat termasuk golongan pendidik.

Inisiatif pemberian baucar buku kepada guru ini juga bertepatan dengan usaha berterusan KPM bagi mempertingkatkan amalan membaca pada semua peringkat selain sebagai usaha menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pendidik. 

Inisiatif ini dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 430,000 orang PPP di seluruh negara.

KPM akan segera memperincikan inisiatif pemberian baucar buku kepada PPP seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dan melaksanakannya dalam tempoh masa terdekat.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi