Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangARAU – Dalam majlis perasmian program Mastering AI Tools: From Theory To Practice yang berlangsung di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR, Universiti Teknologi MARA semalam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis menerusi Fakulti Sains Gunaan akan menganjurkan Kolokium Antarabangsa Sains dan Teknologi 2025 (i-COSTECH 2025) di Hotel Sentral Seaview Penang dan secara dalam talian pada 19 dan 20 Jun 2025 akan datang.
Bagi menyemarakkan penganjuran acara tahunan ini, beberapa program menarik telah dirangka antaranya ialah Bengkel 1- Mastering AI Tools: From Theory To Practice; Bengkel 2- Bootcamp: Crafting Quality Writing for Publication dan the 3rd International Science and Technology Colloquium (i-COSTECH Ketiga 2025) dengan tema Innovative Frontiers in Science: Bridging Technology For a Sustainable Future.

Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Yang Berusaha (YBrs.) Prof. Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail ketika berucap semasa perasmian berkata, panganjuran i-COSTECH 2025 bakal memberikan impak dan menyokong prestasi UiTM dalam sistem penarafan nasional dan antarabangsa.
“I-COSTECH 2025 akan menjadi wadah perbincangan dan penerbitan penyelidikan saintifik yang berkualiti, iaitu bukan sahaja meningkatkan reputasi akademik universiti, malah turut menyumbang kepada pembangunan ilmu dan memberikan manfaat kepada kemajuan industri dan masyarakat,” ujar beliau.
Selain itu, i-COSTECH 2025 terus menyokong pemerkasaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik untuk memacu pembangunan negara.
Menurut beliau, i-COSTECH 2025 akan menarik penyertaan saintis prolifik dari pelbagai bidang seperti bidang biologi, kimia, fizik, teknologi polimer dan teknologi marin yang akan menyokong pembangunan penyelidikan berimpak tinggi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Program Satu, YBrs. Dr. Roziana Mohamed Hanaphi berkata Program Bootcamp: Crafting Quality Writing for Publication akan berlangsung di Hotel Sentral Seaview Penang pada 19 dan 20 Jun 2025.
Seterusnya, Program Bootcamp: Crafting Quality Writing for Publication akan menampilkan para penyelidik prolifik seperti Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof. Dr. Khudzir Ismail; Pensyarah UiTM, Dr. Ang Lee Sin dan Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Ahmad Azmin Mohamad.
Program the 3rd International Science and Technology Colloquium yang turut diadakan bakal membawa tema Innovative Frontiers in Science: Bridging Technology For a Sustainable Future yang akan berlangsung pada 1 dan 2 Oktober 2025 secara dalam talian.
Terdahulu, program pertama dan kedua International Science and Technology Colloquium yang berlangsung pada tahun 2023 dan 2024 telah menghimpunkan para peserta dari negara Indonesia, Thailand, India dan sebagainya.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail mewakili Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis.
Penganjuran program-program ini diharap agar dapat menyokong ekosistem bidang STEM dalam memenuhi aspirasi Kerajaan MADANI untuk melahirkan saintis yang akan menerajui bidang sains dan teknologi pada masa hadapan.

Majlis tersebut turut dihadiri Pensyarah Fakulti Sains Gunaan, YBrs. Dr. Roziana Mohamed, Koordinator Program Fakulti Sains Gunaan, YBrs. Dr. Rosyaini Afindi Zaman dan YBrs. Dr. Faiezah Hashim serta tetamu jemputan lain.