Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) proaktif memastikan isu sekolah daif ditangani segera menerusi pelaksanaan inisiatif projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara.
Menurut kenyataan media KPM hari ini, sebanyak 1175 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah diluluskan pembinaannya dengan kos keseluruhan bernilai lebih RM12.47 bilion.
Sehingga bulan Mac 2025, sebanyak 739 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya, merangkumi 258 projek di Sarawak, 229 projek di Sabah dan 252 projek di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Sebanyak 203 projek sedang dalam pembinaan manakala 233 projek lagi berada pada peringkat prabina.
Pada tahun 2025, Kerajaan MADANI telah meluluskan pembinaan sebanyak 122 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif baharu di seluruh negara yang merupakan jumlah kelulusan tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir.
KPM sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan terbaik dapat disediakan demi manfaat murid dan seluruh masyarakat.
Gambar sebelum pembangunan semula sekolah daif, Sekolah Kebangsaan Abang Amin, Maradong, Sarawak.Gambar selepas pembangunan semula sekolah daif, Sekolah Kebangsaan Abang Amin, Maradong, Sarawak.Gambar sebelum pembinaan empat bilik darjah dan dua tandas baharu serta membaik pulih bumbung di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor.Gambar selepas pembinaan empat bilik darjah dan dua tandas baharu serta membaik pulih bumbung di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor.
Gambar sebelum pembinaan bangunan gantian penuh di Sekolah Kebangsaan Entabuan, Tenom, Sabah.Gambar selepas pembinaan bangunan gantian penuh di Sekolah Kebangsaan Entabuan, Tenom, Sabah.Gambar selepas pembinaan bangunan gantian prasekolah di Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas, Kelantan.Gambar sebelum pembinaan bangunan gantian prasekolah di Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas, Kelantan.Gambar sebelum pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Lebur, Serian, Sarawak.Gambar selepas pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Lebur, Serian, Sarawak.Gambar sebelum pembinaan gantian bangunan kelas prasekolah, bilik kemahiran hidup, bilik sains, bilik pemulihan, bilik bimbingan dan kaunseling serta tandas di Sekolah Kebangsaan Padang Lumat, Kedah.Gambar selepas pembinaan gantian bangunan kelas prasekolah, bilik kemahiran hidup, bilik sains, bilik pemulihan, bilik bimbingan dan kaunseling serta tandas di Sekolah Kebangsaan Padang Lumat, Kedah.Gambar sebelum pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Paku Central, Betong, Sarawak.Gambar selepas pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Paku Central, Betong, Sarawak.Gambar sebelum pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Sg Lamaus, Subis, Sarawak.Gambar selepas pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Sg Lamaus, Subis, Sarawak.Gambar sebelum pembinaan bangunan gantian kelas prasekolah, bilik kemahiran hidup dan bilik kaunseling di Sekolah Kebangsaan Syed Ibrahim, Kedah.Gambar selepas pembinaan bangunan gantian kelas prasekolah, bilik kemahiran hidup dan bilik kaunseling di Sekolah Kebangsaan Syed Ibrahim, Kedah.Gambar sebelum pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi, Hulu Perak, Perak.Gambar selepas pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi, Hulu Perak, Perak.