Diterbitkan pada 27 Mac 2025, 12:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membekalkan lencana Jalur Gemilang sebanyak dua unit secara percuma bagi semua murid di institut pendidikan bawah kelolaannya berkuat kuasa pada 21 April 2025 secara berperingkat.

KPM dalam satu kenyataan rasmi berkata, inisiatif ini melibatkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan termasuklah Kolej Matrikuasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang dilaksanakan bertujuan untuk menyemai nilai patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik.

Tambah KPM, pihaknya telah menyediakan Cara Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institut Pendidikan bawah KPM yang disertakan bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 sebagai panduan tentang tatacara pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid.

“Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institut pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan nilai patriotisme dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di institut pendidikan adalah untuk sesi persekolahan 2025/2026.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi