Zulhilmi bin Shalehuddin .
Diterbitkan pada 19 Februari 2025, 15:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) tahun 2024 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada Rabu depan, 26 Februari 2025.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataannya pada hari ini, sijil tersebut boleh diperoleh dari sekolah masing-masing bermula pada pukul 10.00 pagi.

Sebanyak 4 886 orang MBPK dari 841 buah sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 dan layak menerima SASM.

Selain itu, pihaknya turut memaklumkan bahawa Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Januari lalu.

“KPM sentiasa komited untuk memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan terjamin kepada semua murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025,” ujarnya.

Tambah pihaknya lagi, SASM merupakan cerminan agenda pendidikan manusiawi KPM yang memastikan akses pendidikan yang terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi